KUALA LUMPUR6, 6 NOV โ Seramai 8 orang pegawai dan 199 anggota kumpulan pertama Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 selamat tiba di tanah air selepas menamatkan misi Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.
Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan, kumpulan pertama yang diketuai oleh Mejar (Dr) Alia Fawziyyah Ismail itu telah mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 5 petang, Jumaat lalu.
Ketibaan kumpulan pertama MALBATT 850-10 ini telah disambut oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom TUDM dan barisan pegawai Markas Angkatan Bersama (MK AB).
Panglima Angkatan Bersama dalam ucapannya berkata, penugasan kontinjen MALBATT 850-10 kali ini lebih mencabar ekoran konflik peperangan Israel-Gaza yang tercetus sejak 07 Oktober lalu.
โPengalaman menyaksikan dan mendengar letupan roket, artileri dan mortar perlu dijadikan pengalaman berharga untuk dikenang sepanjang hayat,
โIanya juga sebagai pencetus semangat kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan kedaulatan serta kepentingan negara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran yang dikecapi ini terus terpelihara dan terjamin,โ katanya.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga pegawai dan anggota MALBATT 850-10 diatas kesabaran, pengorbanan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada ATM dan sanggup melepaskan insan-insan tercinta untuk melaksanakan misi UNIFIL.
MALBATT 850-10 yang berkekuatan seramai 849 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM termasuk 30 pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah melaksanakan misi UNIFIL selama 12 bulan.
MALBATT 850-10 diketuai oleh Kolonel Mohd Rizman Ramli bertanggungjawab bersama lain-lain negara PBB bagi membantu UNIFIL menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.
Sementara itu, kumpulan pertama MALBATT 850-11 yang diketuai Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan Sagoni bersama 49 Pegawai dan 169 anggota telah berlepas ke Lubnan bagi mengantikan kontijen MALBATT 850-10 pada 2 November lalu.
#MALBATT #Lubnan #Palestin #Malaysia #airtimes #pertahanan