YANUH, 13 Jun – Pasukan Pengaman Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) melaksanakan pemasangan Sistem Solar di Yanuh Municipality bagi membantu penduduk setempat mendapatkan bekalan elektrik.
Pihak MALBATT 850-10 memaklumkan, projek sistem solar ini juga dapat pengurangan kos pengoperasian janakuasa persendirian dalam menampung keperluan asas kepada 2,000 penduduk setempat serta 150 pelarian syria.
Menurutnya, Sistem Solar ini telah siap dipasang sejak 13 April 2023 di bangunan berkenaan.
โProjek yang adalah ditaja sepenuhnya oleh UNIFIL di bawah Quick Impact Project (QIP),
โPemeriksaan projek telah dilaksanakan dengan bantuan kepakaran kejuruteraan daripada Pegawai CIMIC dan Pegawai Semboyan MALBATT 850-10,โ jelas pihak MALBATT 850-10 menerusi hantaran di Facebook rasminya, malam tadi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli mewakili UNIFIL ๐๐ฆ๐ค๐ต๐ฐ๐ณ ๐๐ฆ๐ด๐ต ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ณ serta dihadiri Mayor Yanuh, Mr Mr Ali Yousef Jaber dan penduduk setempat.
Tambah hantaran itu, program seperti ini juga sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Komander MALBATT 850-10 iaitu Pengukuhan Hubungan Bersama Awam yang memfokuskan kepada pengukuhan bersama Civilian Engagement.-airtimes.my