Home Pertahanan dan Keselamatan Perjanjian sempadan Malaysia dan Indonesia tidak jejaskan kedaulatan negara – PM

Perjanjian sempadan Malaysia dan Indonesia tidak jejaskan kedaulatan negara – PM

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=0G23u5bJyU0[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Perjanjian penyelesaian sempadan yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia tidak akan menjejaskan kepentingan kedaulatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia kerana perjanjian persempadanan maritim yang dimeterai dengan Indonesia dibuat selepas mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak berkepentingan.

Jelasnya, perjanjian itu dimeterai setelah diperakui oleh Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Peguam Negara, Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pusat Hidrografi Nasional Malaysia.

“Tuanku Sultan Johor telah dimaklum bahawa sempadan ini 3 batu nautika, jauh dan tidak termasuk dalam kawasan perbatasan negeri Johor,

“Manakala, Sabah tidak dimeterai dalam masalah ini. Ketua Menteri Sabah dimaklumkan bahawa memuktamad Pulau Sebatik dan kawasan Tawau serta Sabah itu ditangguh sehingga ada persetujuan baharu kerana ianya belum bersetuju,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai adakah perjanjian yang ditandatangani ini telah mendapat pandangan dari pihak-pihak berkepentingan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar turut menegaskan, perjanjian ini yang ditandatangi ini tidak melibatkan kawasan Sebatik di Sabah dan Tanjong Pelepas di Johor serta beberapa kawasan lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perjanjian Singapura dan Republik Indonesia pada tahun 2009 telah dibantah oleh kerajaan Malaysia kerana ia boleh menjejaskan kepentingan negara.

“Singapura dan Republik Indonesia buat perjanjian pada tahun 2009, masa itu Ahli Parlimen Pagoh dan Bera masih dalam kerajaan,

“Sampai sekarang, perjanjian Singapuran dan Indonesia 2009 itu telah dibantah oleh kerajaan Malaysia. Dan saya telah maklum kepada Jokowi, bahawa kita tidak boleh terima yang ini kerana ia akan menjejaskan kepentingan Malaysia,

“Kesemua soalan ini hanya digunakan sebagai ruang politik murahan. Sila jelaskan pakar mana yang digunakan? Peruntukkan mana yang dilanggar? Kawasan mana yang diserah kepada Indonesia sehingga mengabaikan kepentingan kita?

Pada 8 Jun lalu, Anwar dan Jokowi telah menandatangani beberapa perjanjian semasa lawatan kerja Presiden Indonesia itu ke Malaysia.

Perjanjian yang ditandatangani melibatkan hal berkaitan keselamatan sempadan termasuk di ibu kota baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan rakan sejawatnya Muhammad Tito Karnavian.

Selain itu, Malaysia dan Indonesia juga memeterai 2 kerjasama berhubung keselamatan perairan iaitu Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka dan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply