Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais Tiger dan MSUSP: Pertingkat aturgerak bantuan ketenteraan, keselamatan di UNIFIL

Eksesais Tiger dan MSUSP: Pertingkat aturgerak bantuan ketenteraan, keselamatan di UNIFIL

by Nurulhuda

MARAKAH, 8 Mei – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 telah melaksanakan EXERCISE TIGER – Military Support to The UNIFIL Security Plan (EX MSUSP) secara serentak di UNP 2-1 Kem Marakah dan UNP 6-43 Kem Tibnin, pada Sabtu lalu.

Pihak MALBATT 850-10 menjelaskan, latihan ini diadakan bertujuan untuk mengintegrasikan Rancangan Aturgerak Bantuan Ketenteraan dan Keselamatan terhadap pekerja atau petugas awam UNIFIL semasa situasi kecemasan ketegangan termasuk bencana alam.

Menurutnya, pendekatan eksesais ini adalah melalui latihan teori dan praktikal yang memfokuskan kepada pengaktifan serta pengujian kepada Pelan Tindakan Keselamatan yang berpandukan kepada Standard Operating Procedure (SOP).

“Selain itu, eksesais ini secara tidak langsung, dapat menguji tahap kesiagaan aturgerak bagi trup dan aset-aset UNIFIL di bawah pemerintahan MK Sektor Barat,

“Perlaksanaan eksesais telah dilaksanakan melalui penyusunan Sequence Of Events (SOE) dan latihan sebenar melibatkan 54 orang Staf Awam UNIFIL serta ahli keluarga di sekitar KTJ MALBATT,

“Secara keseluruhan, eksesais ini dikawal selia oleh UNIFIL Security Office, UNIFIL J7 dan MK Sektor Barat G5/7,” jelas pihak MALBATT 850-10 melalui hantaran di laman Facebooknya, malam tadi.

Eksesais ini melibatkan 6 kelompok perancang utama yang terdiri daripada Staf dan Trup iaitu MK UNIFIL, MK Sektor Barat, UNIFIL Security Office, National Zone Warden (NZW) dan UNIFIL National Staff bersama ahli keluarga (Tanggungan) dan MALBATT 850-10.

Manakala, EX TIGER – MSUSP yang turut dilaksanakan pada masa yang sama telah mencapai objektif yang telah digariskan.

“Before, During & Post Action Review (BAR, DAR & PAR) yang telah dikenal pasti semasa eksesais berlangsung, penilaian dibuat untuk penambahbaikan kepada latihan MSUSP pada masa akan datang,

“Ia dilakukan bagi memastikan keselamatan Staf Awam UNIFIL terjamin didalam situasi sebenar seperti yang dihasratkan di dalam mandat Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1701,” jelas hantaran itu lagi.

Turut hadir, Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli.

Sementara itu, bagi pelaksanaan eksesais di Kem Tibnin disaksikan oleh UNIFIL Deputy Sector West Commander, Colonel Owen McNally diiringi oleh Timbalan Komander MALBATT 850-10, Leftenan Kolonel Mohd Faizul Azri Mohd Mudzari. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply