Home Pertahanan dan Keselamatan Pusat Kawalan Operasi Taktikal pantau pelaksanaan Operasi Trup Tempur MALBATT 850-9

Pusat Kawalan Operasi Taktikal pantau pelaksanaan Operasi Trup Tempur MALBATT 850-9

by Air Times News Network

MARAKAH, 14 Jul – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF), Datuk Seri Muez Abdul Aziz telah merasmikan Pusat Kawalan Operasi (TOC) MALBATT 850-9 di UNP 2-1 Kem Marakah, Lubnan, pada Sabtu lalu.

Markas Angkatan Bersama dalam satu hantaran di media sosial rasminya berkata, perasmian TOC tersebut adalah sebagai pusat perintah dan kawalan bagi sesebuah Batalion dalam memastikan segala pelaksanaan operasi serta tugas pentadbiran dapat berjalan dengan lancar.

Datuk Seri Muez Abdul Aziz telah merasmikan Pusat Kawalan Operasi (TOC) MALBATT 850-9 di UNP 2-1 Kem Marakah, Lubnan

Katanya, TOC tersebut turut memantau pelaksanaan Operasi Trup Tempur MALBATT 850-9 seiring dengan pengarahan Komander Sektor Barat Pusat Kawalan Operasi Markas Sektor Barat dengan mengkoordinasikan pergerakan dan penugasan setiap Trup Tempur MALBATT 850-9.

TOC turut memantau pelaksanaan Operasi Trup Tempur MALBATT 850-9 dengan mengkoordinasikan pergerakan dan penugasan setiap Trup Tempur MALBATT 850-9

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam pada itu, Muez berasa bangga di atas profesionalisme yang dipamerkan oleh Warga Harimau Biru yang mana merupakan selari dengan Tonggak Kedua Komander MALBATT 850-9.

Tambahnya lagi, pengukuhan dasar-dasar semasa UNIFIL perlu diimplemenkan kepada setiap peringkat pemerintahan agar mencapai keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply