JAKARTA, 22 Jan – Indonesia pertimbangkan permohonan daripada keluarga pendakwah yang dikaitkan dengan insiden pengeboman Bali 2012, Abu Bakar Bashir untuk dibebaskan lebih awal dari penjara.
Menurut laporan Reuters, minggu lalu, Presiden Joko Widodo berkata Abu Bakar, 81, akan dibenarkan untuk dibebaskan lebih awal atas dasar kemanusiaan.
Abu Bakar, yang dianggap sebagai pemimpin kerohanian kumpulan Jemaah Islamiah (JI), didakwa di bawah undang-undang antikeganasan pada 2010 selepas dikaitkan dengan kem latihan militan di wilayah Aceh.
Dia dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun.