KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan positif COVID-19, pagi ini.
Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan Tun Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari.
Menurut kenyataan itu, tindakan tersebut dibuat berdasarkan nasihat pasukan kesihatan beliau. -airtimes.my