KUALA LUMPUR, 26 Feb – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu melibatkan kawasan sekitar Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Manakala, amaran hujan berterusan tahap buruk di seluruh Perlis, Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling serta Perak membabitkan Hulu Perak.
Pada masa sama, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu.
“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim),
“Turut hujan berterusan di Terengganu membabitkan kawasan Kemaman; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga Sabtu,” ujarnya. – airtimes.my