KUANTAN, 11 Ogos – Lawatan lima hari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China bermula 17 Ogos ini antara lain untuk menarik lebih ramai pelabur ke negara ini atau pelaburan langsung asing (FDI).
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, lawatan bersama beberapa menteri itu juga akan mengadakan perjumpaan bersama peniaga Malaysia di sana di samping mengundang pelabur China ke sini.
“Bagaimanapun, kita akan tegaskan FDI dalam pengertian yang saksama antara kedua negara. Dengan kemasukan pelaburan yang boleh mewujudkan nilai kepada pemain tempatan, peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan pertukaran teknologi.
“Saya difahamkan pada masa kini terdapat banyak pelabur dari China yang sangat berminat untuk melabur di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara @Komuniti dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Balok di sini hari ini.

Menurut kenyataan Markas Tentera Laut, fasa reka bentuk LMS telah selesai dan kini memasuki fasa pembinaan kapal keseluruhannya yang mengambil tempoh kurang 18 bulan termasuk proses pemasangan peralatan dan sistem kapal serta aktiviti ujian di pelabuhan dan di laut.
Upacara First Steel Cutting (FSC), simbolik bermulanya fasa pembinaan kapal sejurus selesai reka bentuk, bagi LMS TLDM yang pertama dilaksanakan di Wuchang Shipbuilding Industrial Group (WSIG), Shuangliu, China.
Kerjasama dengan negara China selaku peneraju dalam bidang itu mampu meningkatkan keupayaan negara untuk menjadi pengeluar kapal perang yang kompetitif di rantau ini, selain meningkatkan peluang pekerjaan serta ekonomi negara menerusi penglibatan syarikat tempatan dan antarabangsa.