NEGERI SEMBILAN – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu pihak berkuasa tempatan menghantar sebanyak 10,000 liter minyak diesel ke Menara Telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) Telapak Buruk, pada Jumaat lalu.
Markas Briged Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Bgd) berkata, 20 anggota dari 1 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (1 Komp Angkut KPD) bersama Platun Hantaran Udara 10 KPD telah diaturgerak untuk membantu membuat pembersihan tapak pendaratan helikopter.
“Operasi ini dilaksanakan disebabkan Menara Telekomunikasi TM Telapak Buruk telah terputus bekalan elektrik serta hubungan, yang mana terdapat 4 pekerja terperangkap di menara tersebut,” katanya. – airtimes.my