Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT, LAF laksana latihan gabungan hadapi ancaman di Lubnan

MALBATT, LAF laksana latihan gabungan hadapi ancaman di Lubnan

A+A-
Reset

TYRE, LUBNAN, 21 Julai – Pasukan Malaysia Battalion (MALBATT) 850-12 terus memperkukuh kesiapsiagaan operasinya di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dengan melaksanakan Coordinated Training Activities With Lebanese Armed Forces (COTAWL) bersama Rejimen Intervensi Ke-2 Angkatan Tentera Lubnan (LAF).

MALBATT 850-12 memaklumkan, latihan yang berlangsung selama lima hari bermula 14 hingga 18 Julai di Kem Chawakeer, Tyre itu memberi tumpuan kepada aspek rondaan dan pelaksanaan sekatan jalan raya (checkpoint) melalui pendekatan teori serta demonstrasi praktikal.

“Pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman bersama, memperkukuh kerjasama serta menyeragamkan prosedur taktikal antara MALBATT dan LAF,

“Latihan ini adalah sebagai usaha berterusan UNIFIL dalam memperkasakan keupayaan LAF serta memperkukuh keamanan dan kestabilan di selatan Lubnan, selaras dengan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” jelas MALBATT dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Pegawai Staf 1 Tadbir MALBATT, Leftenan Kolonel Mohd Noradzhar Hadzir TUDM, semasa majlis penutup COTAWL turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan profesionalisme sepanjang latihan berlangsung.

Beliau turut menyatakan bahawa secara tidak langsung, latihan ini telah menyumbang kepada pembinaan hubungan kerjasama yang baik antara UNIFIL dan LAF.

Turut hadir, Mejar Francesco Placentino, Timbalan Ketua G5/7 Sektor Barat dan wakil LAF, Mejar Imad Barakat.-airtimes.my

#pertahanan #MALBATT #LAF #airtimes #Malaysia #Lubnan

Leave a Reply