if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan SAREX LIMA ’25: Uji kesiapsiagaan agensi penguatkuasa hadapi kecemasan

SAREX LIMA ’25: Uji kesiapsiagaan agensi penguatkuasa hadapi kecemasan

by Nurulhuda

LANGKAWI, 8 Mei – Latihan Mencari dan Menyelamat sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (SAREX LIMA ’25) dilaksanakan di sekitar perairan Pulau Langkawi melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa dan keselamatan negara.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan, latihan itu membabitkan kolaborasi bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Civil Aviation Authority of Malaysia, CAAM).

“Latihan ini dijalankan dalam bentuk Field Traning Exercise (FTX) yang melibatkan simulasi insiden kemalangan udara serta kordinasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dirancang berlaku di perairan Pulau Langkawi dan kawasan perimeter Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,

“Sepanjang tempoh latihan, semua agensi SAR kebangsaan beroperasi mengikut Standard Operating Procedure (SOP) Joint Rescue Coordination Sub-Centre (JRSC) Langkawi yang ditubuhkan khusus sempena penganjuran LIMA’25,” jelas TUDM dalam satu kenytaan.

Latihan tersebut yang turut menyaksikan kerjasama antara agensi-agensi utama termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta beberapa badan berkaitan lain.

“Eksesais ini melibatkan hampir 1,000 peserta serta lebih 40 agensi tempatan dan antarabangsa,

“Latihan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan TUDM bersama agensi-agensi berkaitan dalam memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas negara terhadap sebarang insiden kecemasan,” jelas TUDM lagi.

Latihan ini turut menampilkan demonstrasi udara dan laut melibatkan pelbagai aset strategik negara seperti helikopter, bot penyelamat dan pasukan khas bagi menguji tahap kesiapsiagaan, kecekapan koordinasi antara agensi serta keberkesanan operasi mencari dan menyelamat di laut.

LIMA ’25 dijadual berlangsung pada 20 hingga 24 Mei 2025 di Langkawi, Kedah dan akan menampilkan pameran serta pertunjukan udara dan maritim terbesar di rantau ini, menghimpunkan penyertaan pelbagai negara dan syarikat pertahanan terkemuka dunia.

#pertahanan #keselamatan #airtimes #SAREX #LIMA25 #Langkawi

Related Articles

Leave a Reply