Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Thales perkenal NVG PANORAMIC baharu dengan teknologi pandangan lebih luas – Air Times News Network
Home Teknologi Pertahanan Thales perkenal NVG PANORAMIC baharu dengan teknologi pandangan lebih luas

Thales perkenal NVG PANORAMIC baharu dengan teknologi pandangan lebih luas

by Air Times News Network

PARIS, 31 MAC – Thales telah memperkenalkan sistem alat pandang malam (NVG) terbaharunya yang dikenali sebagai PANORAMIC pada pameran SOFINS (Special Operations Forces Innovation Network Seminar) 2025.

Direka khusus untuk pasukan operasi khas dan unit-unit khusus yang menjalankan misi sensitif seperti anti-keganasan dan operasi menyelamat tebusan, PANORAMIC menawarkan teknologi penglihatan malam yang lebih luas serta keupayaan situasi yang lebih baik.

Peranti ini dibangunkan sepenuhnya Oleh Thales’s Centre Of Excellence For Soldier Optronics dalam tempoh lebih dua tahun, dengan pembiayaan penuh daripada Agensi Inovasi Pertahanan Perancis (AID).

Menurut Thales, PANORAMIC dilengkapi dengan empat tiub intensifikasi cahaya (light intensification tubes)  yang memberikan medan pandangan yang jauh lebih luas berbanding teropong konvensional yang hanya menggunakan dua tiub.

Dengan teknologi ini, tentera dapat melihat persekitaran operasi mereka secara lebih menyeluruh tanpa perlu menggerakkan kepala, sekaligus membolehkan mereka bertindak lebih pantas terhadap ancaman yang mungkin berada di kawasan periferi.

“SOFINS adalah peluang terbaik untuk kami memperkenalkan PANORAMIC, peranti penglihatan malam baharu dengan medan pandangan luas. Kepakaran teknikal pasukan Thales membolehkan pembangunan satu penyelesaian penglihatan malam yang inovatif dengan reka bentuk kukuh serta prestasi cemerlang untuk menyokong kejayaan misi waktu malam dan melindungi tentera pada waktu paling genting mereka,” kata Alexis Morel, Naib Presiden Optronik, Elektronik Peluru Berpandu dan Sistem Udara Tanpa Pemandu, Thales.

Peranti PANORAMIC ini kini sedang dinilai oleh Bahagian Teknikal Tentera Darat Perancis (STAT) serta pasukan operasi khas. Dengan berat hanya 740 gram dan lebar yang tidak melebihi topi keledar tentera, ia direka untuk memenuhi keperluan ergonomik dan prestasi yang terbaik di pasaran antarabangsa.

Selain itu, PANORAMIC turut menawarkan ciri kecekapan tenaga yang optimum, beroperasi dengan bateri dan dilengkapi pek bateri luaran untuk tempoh operasi lebih lama. Ciri unik lain termasuk kemampuan tiub luar dinaikkan secara bebas dan dimatikan secara automatik bagi memastikan operasi lebih tersembunyi.

Thales turut menyatakan bahawa PANORAMIC serasi sepenuhnya dengan pelbagai peralatan penglihatan malam lain seperti penyasar senjata XTRAIM. Teropong ini direka bentuk agar dapat menampung teknologi serta fungsi masa hadapan, termasuk pelan penyelenggaraan yang dioptimumkan untuk memastikan ketersediaan operasi yang maksimum.

Dibangunkan sepenuhnya di Perancis dan bebas daripada peraturan ITAR (International Traffic in Arms Regulations), peranti PANORAMIC ini menambah satu lagi pencapaian Thales dalam inovasi teknologi penglihatan malam yang telah dibangunkan selama lebih 30 tahun. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #THALES #NVG

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?