Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan peruntuk lebih RM2 bilion untuk ATM di Sabah – Mohamed Khaled – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan peruntuk lebih RM2 bilion untuk ATM di Sabah – Mohamed Khaled

Kerajaan peruntuk lebih RM2 bilion untuk ATM di Sabah – Mohamed Khaled

by Nurulhuda

KOTA BELUD, 17 Mac – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan sejumlah RM2.2 bilion bagi memperkukuh sektor pertahanan dan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan ini juga memberi penekanan terhadap kesejahteraan anggota tentera termasuk keluarga mereka.

“Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan untuk negeri ini, dengan Kem Paradise sendiri menerima RM298 juta untuk bina baharu Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT),

“RM200 juta untuk pembangunan dan naik taraf kem serta RM4.676 juta untuk senggaraan RKAT,” jelasnya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Kem Paradise pada Ahad.

Tegasnya, kementerian akan memastikan semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan dan berjalan lancar, demi keselamatan negara dan kesejahteraan warga tentera kita.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada 20 pesakit kronik yang terdiri daripada anggota tentera serta ahli keluarga mereka.-airtimes.my

#pertahanan #ATM #Khaled #kesiagaan #Sabah #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?