Home Pertahanan dan Keselamatan LCS: Kerajaan puas hati pembinaan capai 71.62 peratus – Khaled Nordin

LCS: Kerajaan puas hati pembinaan capai 71.62 peratus – Khaled Nordin

by Nurulhuda

LUMUT, 11 Mac – Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan pembinaan lima buah kapal tempur persisir (Littoral Combat Ships, LCS) walaupun terdapat sedikit kelewatan daripada jadual yang telah ditetapkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaan kelima-lima kapal tersebut sepatutnya mencapai tahap 73 peratus, namun berlaku kelewatan sebanyak 1.68 peratus yang disebabkan oleh masalah pengeluar peralatan bekalan asal (OEM).

Meskipun berlaku sedikit kelewatan berbanding jadual asal, pihaknya tetap berpuas hati dan akan sentiasa memantau rapat aktiviti pembinaan kapal-kapal tersebut.

“Memang ada sedikit kelewatan, tetapi hanya dalam 1.68 peratus secara keseluruhan kelima-lima kapal, dan ia disebabkan bekalan peralatan yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak pengeluar peralatan asal (OEM),

“Pada masa sama kementerian akan terus memantau dengan kehadiran dan lawatan seperti ini. Projek ini sangat penting untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS), Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pada Selasa

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar; Panglima Tentera Laut, Datuk Zulhelmy Ithnain dan Ketua Pegawai Eksekutif LUNAS, Azhar Jumaat.

Mohamed Khaled turut berkata, kapal LCS pertama akan diserahkan kepada TLDM pada Ogos tahun depan, sepertimana dijadualkan sebelum ini.

Sementara itu, LCS kedua pula dijadualkan diluncurkan ke permukaan air pada Mei depan diikuti LCS ketiga pada Januari 2026.-airtimes.my

#TLDM #LCS #Lunas #airtimes #pertahanan #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?