Home Teknologi PertahananAirbus mahu pertingkatkan lagi kerjasama dengan Malaysia

Airbus mahu pertingkatkan lagi kerjasama dengan Malaysia

by M.Daim
A+A-
Reset

Nama Airbus bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Syarikat Eropah ini telah membekalkan pelbagai perkhidmatan kepada negara ini dari pelbagai aspek – komersil, pertahanan dan aeroangkasa.

Dari segi komersil, Airbus telah membekalkan lebih 280 buah pesawat dalam perkhidmatan syarikat penerbangan Malaysia. Selain itu, pesawat pengangkut taktikal keluaran Airbus, A400M sedang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Selain itu, hampir 100 buah helikopter dioperasikan oleh untuk penerbangan awam dan juga tentera. Malah, Airbus merupakan antara entiti yang bertanggungjawab dalam membekalkan 2 buah satelit yang menyokong sistem pertahanan dan pembangunan negara.

Naib Presiden Eksekutif Antarabangsa, Wouter van Wersch berkata bahawa Malaysia merupakan negara yang diberikan keutamaan oleh Airbus, dihargai di atas penawaran peluang perniagaan yang luas dan usaha sama yang tinggi.

“Airbus bertindak selaku peneraju dan pemangkin dalam memastikan masa hadapan yang  mampan bagi industri kita ini,

“Ia berasaskan pencapaian kepada pelbagai teras termasuk menggantikan pesawat lama dengan jenis pesawat generasi baru, mempertingkatkan pengeluaran dan penggunaan SAF, dan kemuncaknya pengenalan kepada sumber bahan api baru

seperti hidrogen,

“Melalui usaha yang dilaksanakan ini, Airbus teruja untuk menjalin usaha sama dengan

masyarakat setempat demi menjamin masa hadapan yang mampan bagi industri penerbangan  dan membantu memacu kemajuan teknologi dan ekonomi Malaysia,” ujar Wouter.

Beliau menambah, Airbus mempunyai kedudukan yang kukuh dan meluas dalam industri di Malaysia yang sekaligus membolehkan negara ini pangkalan pembekal terbesar di rantau Asia Tenggara.

Dalam sidang media yang diadakan pada Khamis, beliau turut menyatakan pihaknya ada melakukan perbincangan mengenai perolehan tambahan pesawat A400M dan juga helikopter untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.

“Buat masa ini, perbincangan adalah bersifat promosi dan belum ada kata kukuh mengenai perkara tersebut,” katanya kepada Air Times. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #A400M #Airbus

Related Articles

Leave a Reply