Home Pertahanan dan Keselamatan JHEV semak, teliti keperluan elemen hukuman Akta Veteran 2012

JHEV semak, teliti keperluan elemen hukuman Akta Veteran 2012

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 19 Jul – Kementerian Pertahanan (MINDEF) melalui Jabatan Hal Ehwan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) sedang menyemak Akta Veteran 2012 (Akta 740) agar pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 tidak melanggar akta berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya juga mencadangkan pindaan terhadap Akta ini termasuk memperkenalkan elemen hukuman.

Menurutnya, MINDEF melalui JHEV ATM sentiasa cakna mengenai berlakunya isu pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 namun melaksanakan aktiviti-aktiviti veteran, yang secara jelasnya telah melanggar peruntukan Sekyen 13 (1), Akta Veteran 2012 (Akta 740).

“Akta 740 tidak memperuntukkan sebarang elemen hukuman. MINDEF hanya dapat mengambil tindakan secara pentadbiran seperti mengemukakan surat amaran kepada mana-mana pertubuhan agar tidak membuat aktiviti bertentangan dan bercanggah dengan Akta 740,

“Pada masa ini, pihak JHEV ATM sedang menyemak Akta 740 dan akan mencadangkan pindaan terhadap Akta ini termasuk memperkenalkan elemen hukuman,” katanya dalam satu kenyataan jawapan bukan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tegasnya, Akta 740 menyatakan ‘Tiada Persatuan Boleh Menjalankan Apa-Apa Aktiviti Veteran Melainkan Jika Persatuan Itu Didaftarkan Sebagai Suatu Persatuan Veteran di bawah Akta Veteran 2012’.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan, sebelum pindaan Akta ini dapat dikuatkuasakan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) boleh melaksanakan pemantauan dan kawal selia terhadap pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Tegasnya, tindakan itu diadakan supaya pertubuhan berkenaan tidak melanggar peruntukan Akta 740 dan tidak menyimpang daripada matlamat asal pendaftaran Pertubuhan tersebut.-airtimes.my

#JHEVATM #MINDEF #veteran #airtimes #akta #pertahanan

Leave a Reply