Home Pertahanan dan Keselamatan 2 kapal berlanggar, APMM aktifkan Operasi CARILAMAT di Tanjung Balau

2 kapal berlanggar, APMM aktifkan Operasi CARILAMAT di Tanjung Balau

A+A-
Reset

TANJUNG SEDELI, 19 Jul – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) susulan insiden perlanggaran kapal MT HAFNIA NILE dengan MT CERES 1, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pelanggaran kedua kapal itu berlaku di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau pada jam 6.55 pagi.

Menurutnya, Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian berkenaan.

“Maritime Rescue Sub Center (MRSC) telah mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Niah, Bot PERKASA 29 bot PETIR 12 dari APMM, KD GEMPITA dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke lokasi berkenaan,

“Bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 turut diaturgerakkan ke lokasi kejadian untuk tindakan CARILAMAT kedua-dua kapal tersebut,

“Aset APMM, bot PERKASA 29 telah tiba di lokasi insiden pada pukul 9.50 pagi dan menemui kedua-dua kapal tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Saiful Lizan berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dimaklumkan berkenaan insiden tersebut bagi tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.

Sementara itu pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran. -airtimes.my

#APMM #keselamatan #airtimes #kapal #tanjungsedeli

Leave a Reply