Home Pertahanan dan Keselamatan NADICORP perkenal High Mobility Light Tactical Vehicle, penuhi keperluan semasa UNIFIL

NADICORP perkenal High Mobility Light Tactical Vehicle, penuhi keperluan semasa UNIFIL

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 JUN – Setelah kejayaan membekalkan 20 buah Kenderaan Perisai Tempur (Armoured Personnel Carrier, APC) bagi kegunaan pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850 di Lubnan, NADICORP Holdings Sdn Bhd terus mengorak langkah dengan ciptaan terbaru bagi pasukan tersebut.

Pengarah Eksekutif Pembuatan Nadicorp, Muhammad Imran Mohd Nadzmi berkata, Nadicorp melalui syarikat Nurol Makina kini telah menghasilkan kenderaan baharu iaitu High Mobility Light Tactical Vehicle (HMLTV) bagi memenuhi keperluan terbaru pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk misi UNIFIL di Lubnan.

“HMLTV adalah kenderaan yang lebih anjal dan laju. Tayar kenderaan ini, walaupun ditembusi peluru, masih boleh terus bergerak 120 kilometer sejam (km/j). Saiznya yang lebih kecil menjadikannya sesuai untuk pergerakan di dalam kawasan bandar,

“Manakala, dari segi persenjataan, HMLTV masih boleh disesuaikan mengikut keperluan Tentera Darat Malaysia (TDM),” katanya kepada Air Times.

NADICorp, sebuah syarikat dalam industri pertahanan, kembali menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang diadakan pada 6 hingga 9 Mei lalu.

Kali pertama penglibatan NADICorp dalam acara ini adalah pada tahun 2019.

Muhammad Imran berkata, pada pameran kali ini, NADICorp mempamerkan pelbagai produk dari syarikat-syarikat sahabat seperti dari Turkiye, Perancis dan negara-negara lain.

Pengarah Eksekutif Pembuatan NADICORP, Muhammad Imran Mohd Nadzmi berkata, pada pameran DSA 2024, NADICORP Holdings Sdn Bhd mempamerkan pelbagai produk dari syarikat-syarikat sahabat seperti dari Turkiye, Perancis dan negara-negara lain. – Foto:AirTimes/Pasri

Mengulas mengenai HMLTV, beliau berkata, perbezaan utama antara HMLTV dan APC adalah pada pembinaan plat perlindungan yang digunakan dalam rangka kenderaan tersebut.

“APC terdahulu mempunyai perlindungan tentera yang boleh dicapai sehingga ke tahap 4, manakala HMLTV hanya dilengkapi perlindungan tahap 3 sahaja. Namun, bagi keperluan misi PBB di Lubnan, tahap minimum perlindungan yang diperlukan hanyalah tahap 2,

“Pada masa ini, usaha sedang dijalankan untuk mencapai tahap perlindungan yang lebih tinggi daripada tahap 1,” jelasnya lagi.

Menurut Muhammad Imran, secara keseluruhan, pembinaan HMLTV adalah hampir sama seperti APC yang dibekalkan dahulu, tetapi terdapat perbezaan nyata dari segi muatan.

“HMLTV hanya boleh memuatkan 7 penumpang berbanding APC yang boleh memuatkan sehingga 9 penumpang. Namun, muatan ini masih boleh diubah mengikut keperluan Tentera Darat,

“Kelebihan utama HMLTV adalah saiznya yang lebih kecil, yang menjadikannya lebih cepat dan anjal dalam situasi berisiko tinggi,

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan, kenderaan ini telah diuji kemampuannya dan disahkan oleh negara-negara lain yang telah menggunakannya dalam misi yang sama.

Dengan ciri-ciri ini, HMLTV bukan sahaja memenuhi keperluan operasi misi pengaman tetapi juga memberikan perlindungan yang mencukupi bagi anggota dalam misi UNIFIL di Lubnan.

Pada April 2024, Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah memperolehi 20 buah kenderaan perisai PANTHERA 4×4 bernilai RM190 juta daripada syarikat Nurol Makina daripada Turkiye untuk menggantikan kenderaan perisai CONDOR yang digunakan oleh pasukan pengaman Malaysia di Lubnan sejak sekian lama.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan, penerimaan PANTHERA ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi MALBATT dalam melaksanakan misi pengaman di Lubnan. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #MALBATT #Nadicorp #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply