Home Pertahanan dan Keselamatan Mohamed Khaled tiba di Ankara, mulakan lawatan kerja rasmi 5 hari

Mohamed Khaled tiba di Ankara, mulakan lawatan kerja rasmi 5 hari

by Nurulhuda

ANKARA, 9 JUN – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin tiba di Ankara, Turkiye bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama lima hari ke republik berkenaan bermula hari ini.

Mohamed Khaled dan delegasi Kementerian Pertahanan (MINDEF) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ankara Esenboga pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) sebelum disambut Charge d’Affaires Malaysia di Ankara, Clara Soon May Lynn dan Pegawai Pengiring Turkiye, Laksamana Pertama Nilufen Cotuk.

Menurut Mohamed Khaled, Malaysia dan Türkiye sememangnya telah merintis hubungan diplomatik yang baik termasuklah dalam konteks pertahanan.

“Pastinya kesempatan ini akan saya gunakan sebaik-baiknya bagi memperkukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua dua negara

“Dalam rangka lawatan ini Mesyuarat Malaysia – Türkiye High Level Committee on Defence Cooperation (HLC) Meeting akan diadakan buat julung kalinya,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, pada Ahad.

Beliau berkata, sesi dua hala ini melibatkan delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia dan Ministry of National Defense Türkiye (MoND).

“Saya turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Minister of Defense Türkiye, TYT Yaşar Güler,

“Satu Memorandum Persefahaman (MoU) Kerajaan Dengan Kerajaan (G2G) berkenaan Perolehan Produk-Produk Pertahanan serta Perjanjian-Perjanjian Kolaborasi dan Kerjasama melibatkan pemain-pemain industri pertahanan Malaysia dan Türkiye akan turut dimeterai,” ujarnya lagi.

Menerusi lawatan rasmi itu, Mohamed Khaled turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Secretariat of Defence Industries (SSB), sebuah institusi yang ditubuhkan Kerajaan Türkiye untuk menguruskan industri pertahanan Türkiye dan pembekalan teknologi ketenteraan.

“Pertemuan yang sama juga akan diadakan bersama anak syarikat dan sekutunya, STM,

“Semasa berada di sini, saya akan mengadakan lawatan industri ke syarikat-syarikat pertahanan Türkiye, seperti Turkish Aerospace Industries (TUSAŞ), Aselsan dan Mechanical and Chemical Industry Corporation (MKE), di samping pertemuan bersama DESAN Shipyard,” jelasnya lagi. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #Malaysia Turkiye #MindefMalaysia

Related Articles

Leave a Reply