Home Semasa Bekalan air di 7 kawasan terjejas pulih sepenuhnya

Bekalan air di 7 kawasan terjejas pulih sepenuhnya

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 JUN – Bekalan air di kesemua 7 kawasan yang terjejas di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air itu disebabkan oleh kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 pada Rabu lepas.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa di saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/,” menurut kenyataan itu lagi. -airtimes.my

#semasa #airtimes #KL #Selangor #AirSelangor #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply