Home Semasa Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea – Wisma Putra

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea – Wisma Putra

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 MEI – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau menjadi mangsa tanah runtuh di Wilayah Enga, Papua New Guinea pada Jumaat.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan memaklumkan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby sedang memantau dengan rapi berkenaan insiden tanah runtuh di Daerah Porgera-Paiela itu.

Menurut Wisma Putra, pihaknya secara aktif menyelaraskan usaha bersama pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini,

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan ,” jelas kementerian itu.

Tambah Wisma Putra, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di alamat Lot 16, Seksyen 531, Rosewood Executive Residence, Savankutinah Heights, Peti Surat 1400, Port Moresby, Papua New Guinea.

Suruhanjaya Tinggi juga boleh dihubungi menerusi talian +675-325 1506 / +675-325 2076 dan +675-7178 8414 (untuk kecemasan) dan e-mel [email protected]. – airtimes.my

#semasa #airtimes #Malaysia #PapuaNewGuinea

Related Articles

Leave a Reply