Home Pertahanan dan Keselamatan Jenazah Allahyarhamah Sarjan Faridah tiba di kampung halaman

Jenazah Allahyarhamah Sarjan Faridah tiba di kampung halaman

by Nurulhuda

POKOK SENA, 25 Mei – Jenazah anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman selamat tiba di Masjid Al Anwar, Kampung Tengah, pukul 9.00 pagi.

Jenazah allahyarham sebelum itu tiba di Kolej Tentera Udara Kepala Batas, pukul 8.10 pagi selepas diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang, Subang.

Jenazah Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam itu disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir sebelum diterbangkan menggunakan pesawat TUDM C-130H Hercules pada jam 7.04 pagi tadi.

Menurut Sinar Harian, Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom turut mengiringi jenazah serta memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Faridah.

Terdahulu, pada 19 Mei lalu, Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan Faridah, 39, meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia.

Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam Malbatt 850-11 di Kem Marakah, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah selepas turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba ke Lubnan selepas selesai bercuti selama sebulan di Malaysia.

Bedah siasat di Hospital Hammoud, Saida, Lubnan mengesahkan punca kematian Allahyarham adalah akibat serangan jantung.-airtimes.my

#MALBATT #Malaysia #ATM #pertahanan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply