Home Pertahanan dan Keselamatan LUNAS meterai kerjasama strategik dengan PT PAL

LUNAS meterai kerjasama strategik dengan PT PAL

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 MEI – Lumut Naval Shipyard (LUNAS) telah meterai memorandum persefahaman kerjasama (MoU) strategik dengan syarikat Indonesia, PT PAL.

“Kerjasama strategik ini bermatlamat untuk meneroka masa hadapan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pembinaan kapal,

“Selain itu, kerjasama ini turut menggalakkan perkongsian pengetahuan dan kemajuan teknologi serantau,” kata LUNAS dalam satu kenyataan.

MoU tersebut telah disempurnakan di reruai LUNAS pada hari pertama pameran DSA 2024 di MITEC.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Pengarah Pemasaran PT PAL, Wilgo Zainar dan Datuk Dr Shahrazat Ahmad yang mewakili LUNAS. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #DSA2024

Related Articles

Leave a Reply