Home Semasa Mat Sabu arah Kawalselia Padi siasat pembuangan beras di Kuala Krau

Mat Sabu arah Kawalselia Padi siasat pembuangan beras di Kuala Krau

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Apr – Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh diarah untuk menjalankan siasatan terhadap penemuan timbunan kampit beras yang dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah dekat Kuala Krau, Pahang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, satu kenyataan rasmi berkaitan insiden itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang berkaitan insiden timbunan beras yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang,

“Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang berkaitan insiden timbunan beras yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang,

“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dengan kadar yang segera,” katanya ringkas di laman Facebook rasminya hari ini.

Semalam media melaporkan, tular lambakan beras, sardin, tepung dan teh dibuang begitu sahaja di satu lokasi di Kuala Krau.

Lambakan beras, sardin, tepung dan teh dibuang begitu sahaja di satu lokasi di Kuala Krau. Lebih menyedihkan, pihak yang bertanggungjawab melakukan pembuangan itu tergamak membakar barangan tersebut, selepas mendapati aktiviti berkenaan menjadi bahan bualan. -Foto viral

Insiden tersebut tular selepas dimuatnaik dalam media sosial Facebook di mana lambakan beras tersebut telah dibakar dan lokasinya dikatakan berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum.

Difahamkan, kesemua bahan makanan tersebut masih elok digunakan, manakala foto bungkusan serbuk minuman segera itu memaparkan tarikh luputnya adalah sehingga Mei 2025.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen, yang rata-ratanya kecewa dengan pembaziran keperluan asas tersebut dan berpendapat bahawa ia sepatutnya boleh diagihkan kepada pihak lebih memerlukan.

Lebih menyedihkan, pihak yang bertanggungjawab melakukan pembuangan itu tergamak membakar barangan tersebut, selepas mendapati aktiviti berkenaan menjadi bahan bualan.

Sehingga berita ini ditulis, masih belum ada pihak yang tampil membuat pengakuan mahu pun menafikan sebarang dakwaan berkenaan.-airtimes.my

#semasa #Malaysia #airtimes #tepung #KualaKrau

Related Articles

Leave a Reply