Home Pertahanan dan Keselamatan Sumbangan Aidilfitri: ATM terima lebih RM2.5 juta dari 93 penyumbang

Sumbangan Aidilfitri: ATM terima lebih RM2.5 juta dari 93 penyumbang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan keseluruhan bernilai RM2.524 juta dari 93 penyumbang yang terdiri daripada pelbagai syarikat, badan korporat serta individu sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, nilai keseluruhan penyumbang pada tahun ini menyaksikan peningkatan sebanyak 41 peratus berbanding pada tahun lepas.

Menurutnya, hasil daripada sumbangan yang diterima itu, ATM telah menyediakan sebanyak 15,000 beg hari raya dan akan diagihkan kepada anggota-anggota ATM yang bertugas menjaga keamanan serta kedaulatan negara pada lebaran nanti.

“Sumbangan itu turut diberikan kepada mereka yang berada dan menyertai misi di luar negara,

“Majlis ini yang diadakan setiap tahun ini bertujuan bagi menghargai dan mengingati mereka bukan sahaja untuk mereka selamat dan berjaya tetapi sebagai iringan bahawa mereka tidak dilupakan,

“Diharap ia dapat memberi sedikit kegembiraan dalam masa mereka sedang bertugas,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada ATM di Wisma Pertahanan, hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Ramlah Dawi merangkap Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).

Mengulas lanjut, beliau yang mewakili warga MINDEF dan ATM mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menjayakan inisiatif ini.

“Saya berharap supaya penghargaan daripada masyarakat dan penyumbang akan berterusan serta dipertingkatkan daripada kalangan pelbagai pihak,

“Ia kerana pengorbanan yang dilakukan oleh anggota tentera ini tidak ada balasan atau ganjaran yang sebenarnya yang dapat kita berikan hanya melalui antara cara-cara seperti ini,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#Malaysia #airtimes #begraya #ATM #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply