Home Semasa Penganjuran Sukan Komanwel 2026: Jemaah Menteri akan tentukan keputusan esok

Penganjuran Sukan Komanwel 2026: Jemaah Menteri akan tentukan keputusan esok

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 MAC – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan keputusan dan pendirian kerajaan berhubung tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026 akan ditentukan dalam masa terdekat

Menurut beliau, mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan pada esok akan membincangkan sama ada Malaysia akan menerima atau menolak tawaran yang dikemukakan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

“Ia perlukan perincian yang teliti dan tidak boleh diputuskan sambil lewa sahaja,” kata Hannah semasa sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menambah, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berpandangan bahawa kepentingan rakyat diletakkan sebagai keutamaan.

“Tidak akan sama sekali membazirkan wang pembayar cukai jika pun bersedia untuk  menganjurkannya,

“Kita akan memastikan pendekatan konservatif diambil setiap kali ianya melibatkan duit rakyat,

“Jika kerajaan bersetuju untuk melaksanakannya, KBS mencadangkan perbelanjaan tidak melebihi geran yang diberikan oleh CGF,

“Mengambil kira wang pembayar cukai iaitu wang rakyat, jika terpaksa digunakan, mungkin pilihan terbaik yang akan diambil oleh kerajaan ialah untuk tidak menganjurkannya,

“Yang ini kita kena tunggu dulu keputusan kabinet,” katanya.

Hannah turut menyatakan CGF telah menawarkan geran bantuan berjumlah 100 juta Pound (RM603 juta) bagi tujuan penganjuran Sukan Komanwel 2026.

Tambahnya, beliau yakin keputusan yang diambil oleh Jemaah Menteri akan mengutamakan kepentingan negara tanpa membelakangkan rakyat. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #Komanwel

Related Articles

Leave a Reply