Home Semasa Kita tidak ada permusuhan dengan China – Anwar Ibrahim

Kita tidak ada permusuhan dengan China – Anwar Ibrahim

by M.Daim

PUTRAJAYA, 21 MAC – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan China.

Menurut beliau, walaupun terdapat tuntutan bertindih di Laut China Selatan, ianya tidak menunjuk ke arah ketegangan di antara kedua-dua pihak.

“Ada juga bangkitkan  kebimbangan kerana kedekatan kita dengan China sehingga  menyebabkan kita mengambil pendekatan yang lebih pragmatik,

“Negara China, negara jiran –  kita  tidak ada masalah politik (dan) ketenteraan dengan mereka

“Ada beberapa masalah tuntutan di Laut China Selatanntetapi tidak menunjuk ke arah ketegangan atau permusuhan,” katanya semasa Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, hari ini.

Beliau menambah, Malaysia menyaksikan kejayaan pembinaan pelantar terbesar oleh Petronas (yang) cari gali minyak di kawasan yang juga dipertikaikan,

“Tetapi kita berjaya tanpa gangguan. Jadi, ini kerana sikap kita berkawan dan diplomasi,” ujarnya. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #AnwarIbrahim #PerdanaMenteri

Related Articles

Leave a Reply