Home Teknologi Pertahanan Singapura tambah perolehan F-35 kepada 20 buah

Singapura tambah perolehan F-35 kepada 20 buah

by M.Daim

SINGAPURA, 29 FEB – Kerajaan Singapura memutuskan untuk melakukan perolehan 8 buah F-35A.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen di akaun media sosial rasmi beliau.

“Kementerian Pertahanan Singapura akan mempercepatkan program F-35 dengan melakukan perolehan 8 buah F-35A,

“Ia merupakan tambahan kepada 12 buah F-35B yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Pengumuman oleh beliau sekaligus mempertingkatkan jumlah perolehan jet pejuang generasi ke-5 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) kepada 20 buah.

Perolehan F-35 Singapura bermula dengan rancangan pembelian 4 buah F-35B pada tahun 2020 sebelum penambahan 8 buah pada tahun 2023.

Singapura dijangka akan menerima 4 buah F-35B yang pertama pada tahun 2026 manakala selebihnya mulai 2028.

F-35A dan F-35B merupakan dua daripada 3 varian yang dikeluarkan oleh syarikat Lockheed Martin.

F-35A merupakan varian yang berlepas dan mendarat secara konvensional (Conventional Take Off and Landing, CTOL) seperti pesawat biasa. Sementara itu, F-35B pula merupakan varian yang boleh melakukan pelepasan pendek dan melakukan pendaratan secara menegak (Short Take Off and Vertical Landing, SVTOL).

Sementara itu, F-35C pula merupakan varian yang disesuaikan untuk operasi di kapal induk atau kapal pengangkut pesawat.

Perolehan F-35A dan F-35B merupakan langkah ke hadapan oleh Singapura bagi memperkuatkan postur pertahanan udara mereka. Di samping itu, pesawat pejuang generasi ke-5 ini dijangka akan menggantikan peranan F-16 yang dilaporkan akan mula tamat perkhidmatan pada sekitar 2030. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #Singapura

Related Articles

Leave a Reply