Home Teknologi Pertahanan Rusia pertama kali guna misil hipersonik Zirkon bedil Ukraine

Rusia pertama kali guna misil hipersonik Zirkon bedil Ukraine

by M.Daim

KYIV, 14 FEB – Rusia dilaporkan telah menggunakan misil hipersonik Zirkon terhadap Ukraine.

Perkara tersebut didedahkan oleh Institut Penyelidikan Saintifik Kepakaran Forensik Kyiv yang telah mengenal pasti beberapa komponen dari bangkai misil yang dilancarkan oleh tentera Moskow.

“Kami mempunyai fakta bahawa Rusia telah menggunakan peluru berpandu hipersonik Zirkon,

“Ini dibuktikan dengan serpihan serta komponen yang telah dipadankan dengan ciri-ciri misil hipersonik,” kata ketua penyelidik, Oleksandr Ruvin di saluran Telegram rasminya.

Menurut beliau, serpihan yang sedang disiasat oleh kumpulan penyelidik adalah misil yang dilancarkan pada 7 Februari lalu.

Serpihan misil Zirkon yang sedang diteliti oleh kumpulan penyelidik di Kyiv.

Pendedahan oleh Ruvin sekaligus menandakan bahawa Zirkon pertama kali digunakan oleh Rusia dalam peperangan di timur Eropah.

Misil hipersonik ini merupakan salah satu aset strategik yang dihasilkan oleh Rusia. Ia berupaya untuk terbang pada kelajuan 9 kali ganda kelajuan bunyi dan mampu memusnahkan sasaran pada jarak 1,000 kilometer.

Rusia sebelum ini turut menggunakan misil Kinzhal untuk menyerang Ukraine ketika minggu ketiga peperangan yang tercetus pada 24 Februari 2022.  – airtimes.my

#AirTimes #Global #Konflik #TeknologiPertahanan

Related Articles

Leave a Reply