Home Semasa Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang

Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang

by Nurulhuda

KLANG, 13 Feb – Sebuah pesawat ringan terhempas sekitar kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Menurut Bernama, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan kejadian tersebut.

“Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja mencari mangsa susulan sebuah pesawat terhempas di Kampung Tok Muda Kapar, Klang hari ini,

“Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.56 petang dan mengerakkan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar,” seperti dilapor Bernama menerusi perkongsian di laman Facebook sebentar tadi.- airtimes.my

#semasa #terhempas #airtimes

Related Articles

Leave a Reply