Home Pertahanan dan Keselamatan LTAT: Raja Mohamed Affandi letak jawatan secara sukarela, tiada isu – Khaled Nordin

LTAT: Raja Mohamed Affandi letak jawatan secara sukarela, tiada isu – Khaled Nordin

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=27YkaDOg0DA[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan peletakan jawatan Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah secara sukarela.

Mohamed Khaled berkata, sebelum ini beliau hanya merujuk kepada kenyataan media LTAT bertarikh 8 Februari yang mengumumkan persaraan Raja Mohamed Affandi.

Sebaliknya, beliau berkata, Raja Mohamed Affandi bukannya bersara, namun meletakkan jawatannya secara sukarela.

“Sebelum ini saya gunakan apa disiarkan menerusi kenyataan media. Sebab LTAT pun gunakan itu (kenyataan media),

“Dia (Raja Mohamed Affandi) meletakkan jawatan sebenarnya. Secara sukarela. Tak ada isu tentang itu,” katanya selepas melancarkan Majlis ‘Kick-off’ Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan di Wisma Perwira, hari ini.

Pada Khamis lalu, LTAT dalam kenyataan mengumumkan persaraan Raja Mohamed Affandi berkuat kuasa 8 Februari 2024.

Namun, selepas itu, Raja Mohamed Affandi pula menjelaskan, beliau tidak bersara daripada menjadi pengerusi sebaliknya meletakkan jawatan.

Raja Mohamed Affandi dilaporkan berkata, mengikut kontrak, tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi LTAT akan tamat pada Ogos tahun ini.

Menurutnya, perletakkan jawatannya adalah untuk memelihara keberadaan institusi LTAT dengan sebaiknya.

Raja Mohamed Affandi dilantik menjadi Pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara setelah berkhidmat sebagai Pengerusi LTAT sejak Ogos 2018.

Persaraan Raja Mohamed Affandi itu menyusul kira-kira seminggu selepas pengumuman pengunduran Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman pada 31 Januari lalu. -airtimes.my

#LTAT #letakjawatan #Mindef #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply