Home Teknologi Pertahanan Korea Utara uji sistem persenjataan nuklear bawah laut

Korea Utara uji sistem persenjataan nuklear bawah laut

by M.Daim

PYONGYANG, 19 JAN – Tentera Korea Utara dilaporkan telah menguji sistem persenjataan nuklear di bawah permukaan.

Ujian tersebut melibatkan dron serangan bawah permukaan, Haeil-5-23.

Perkara tersebut didedahkan oleh lidah rasmi Korea Utara, KCNA.

Menurutnya, ujian tersebut dilaksanakan di kawasan timur perairan Semenanjung Korea.

“Ia merupakan sebagai tindak balas kepada latihan meritim bersama Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan,” kata laporan itu.

Tambahnya, latihan bersama yang diadakan di kawasan Pulau Jeju telah menyebabkan kawasan serantau menjadi tidak stabil.

“Ia turut menjadi ancaman kepada Korea Utara,” lapor KCNA yang memetik jurucakap kerajaan Korea Utara.

Haeil-5-23 merupakan dron serangan bawah permukaan yang didakwa mampu untuk membawa senjata nuklear.

Situasi semasa Semenanjung Korea pada ketika ini meruncing selepas Pyongyang melancarkan tembakan artileri di kawasan sempadan dan penembakan misil balistik.

Penembakan artileri dan roket di kawasan sempadan telah menyebabkan pemansuhan Zon Pemampan di Northern Limit Line. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply