Home Pertahanan dan Keselamatan Keselamatan, ketenteraman rakyat jadi keutamaan PDRM – Saifuddin

Keselamatan, ketenteraman rakyat jadi keutamaan PDRM – Saifuddin

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Seluruh rakyat diingatkan supaya jangan sesekali mengambil tindakan yang melampaui lunas undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sekiranya berlaku ia akan mendatangkan kesan yang buruk terutama dalam kehidupan dan negara.

Saifuddin turut memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman rakyat adalah menjadi keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jadi dalam menjalankan siasatan dengan merujuk kepada insiden (molotov cocktail) itu, kita akan lihat kepada semua punca seperti motif, mengesan pelaku, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian dan berhampiran dan menemu bual saksi,

“Itu semua adalah proses yang saya percaya PDRM cukup profesional untuk laksanakannya. Justeru, pengajaran daripada insiden ini adalah PDRM (tetap) komited dalam menjaga ketenteraman awam,” katanya menerusi sidang akhbar khas yang diadakan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Beruas, Perak dibaling ‘molotov cocktail’ atau bom petrol awal pagi tadi menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah kereta Koo Ham.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan berkata, pihak polis sedang giat mengesan individu yang disyaki melontar molotov cocktail ke rumah Ngeh, sehingga menyebabkan 3 kenderaan terjejas.

Mohd Yusri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api). -airtmes.my

#semasa #PDRM #keselamatan #kebakaran #airtimes

Leave a Reply