Home Pertahanan dan Keselamatan MTL: APMM nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut

MTL: APMM nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati orang ramai untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut ketika musim perayaan ini.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, mereka yang ingin melakukan aktiviti laut perlu menyemak ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi memandangkan keadaan laut kini bergelora akibat Monsun Timur Laut.

“APMM menggesa semua pihak yang akan ke laut untuk memastikan keselamatan diri dengan memakai jaket keselamatan semasa belayar, memancing atau sebarang kegiatan yang melibatkan pergerakan di laut,

“Selain jaket keselamatan, orang awam yang melakukan aktiviti di laut juga dinasihatkan untuk membawa bersama alat Personal Locator Beacon kerana ia dapat membantu dan mempercepatkan bantuan carilamat di laut apabila berlaku kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Dalam masa yang sama, Hamid turut menasihati pengusaha bot pelancong supaya mematuhi semua peraturan dan undang-undang laut ditetapkan.

“Pengusaha bot harus memastikan kapasiti maksimum penumpang dan pemakaian serta penyediaan jaket keselamatan yang mencukupi dengan jumlah penumpang,

“Orang ramai juga diminta menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri yang berhampiran sekiranya berlaku insiden kecemasan di laut untuk tindakan segera,” jelasnya lagi. -airtimes.my

#APMM #keselamatan #airtimes #Malaysia

Leave a Reply