Home Pertahanan dan Keselamatan Anwar rombak Kabinet, Khaled Nordin teraju Kementerian Pertahanan

Anwar rombak Kabinet, Khaled Nordin teraju Kementerian Pertahanan

A+A-
Reset

PUTRAJAYA, 12 DIS – Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin akan menerajui Kementerian Pertahanan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengumumkan senarai kabinet baharu di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Dato’ Seri Mohamad Hasan ditukarkan ke portfolio Kementerian Luar Negeri.

Dalam pengumuman tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari masih kekal sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Khalid Nordin sebelum ini memegang portfolio sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Portfolio Kementerian Pendidikan Tinggi kini diteraju oleh Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Khaled sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 2013-2018.

Beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Boustead Holdings Berhad pada Mei 2020 hingga Ogos 2021.– airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #Kabinet

Leave a Reply