Home Pertahanan dan Keselamatan Harap veteran ATM bersabar, SSPA baru akan diumum pertengahan tahun depan – Tok Mat

Harap veteran ATM bersabar, SSPA baru akan diumum pertengahan tahun depan – Tok Mat

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=toZtakUwvtA[/embedyt]

 

PUTRAJAYA, 9 DIS – Kerajaan tidak pernah mengabaikan isu pelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sering dibangkitkan oleh golongan itu, sebaliknya ia turut disemak dalam kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Sehubungan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta agar veteran ATM untuk bersabar sedikit masa lagi sebelum SSPA baru diumumkan pertengahan tahun hadapan.

“Minta veteran semua bersabar, kita (MINDEF) sedang buat. Bukan kita tak buat apa-apa. Itu terpulang kepada mereka nak bawa ke mahkamah. Itu hak mereka,

“Tapi bagi pihak kerajaan, penyelarasan pencen ATM ini juga akan dirangkumkan dalam kajian skim gaji penjawat awam yang sedang diteliti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir veteran ATM yang memfailkan saman pemula terhadap kerajaan berhubung isu penyelarasan pencen baru-baru ini.

Mohamad menjelaskan, apabila penyelarasan gaji penjawat awam dibuat, maka skim pencen ini akan disemak bersama bagi anggota ATM dan veteran ATM, malah ia tidak dibuat berasingan.

“Apabila kerajaan buat pelarasan gaji penjawat awam, kerajaan akan masukkan sekali pencen. Jadi pelarasan pencen untuk ATM, juga akan disemak dan dibuat bersama. Kita tidak buat (pelarasan pencen bagi veteran ATM) secara berasingan, ia dibuat bersama,

“Sekarang masih menunggu, boleh jadi pertengahan tahun hadapan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang rancak mengenal pasti dan sedang berunding dengan pihak berkepentingan supaya apabila dibuat nanti, skim saraan dan pencen penjawat awam ini, tidak ada pihak-pihak yang tertinggal,

MINDEF faham dan sentiasa bersama-sama dengan mereka untuk mempastikan bahawa skim saraan pencen ini dirasai bersama oleh pesara-pesara tentera,” ujarnya lagi.

Pada Rabu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh pendengaran atau pembicaraan baharu bagi kes pelarasan pencen veteran ATM pada 5 Februari tahun hadapan.

Sebelum ini, sekumpulan veteran ATM telah memfailkan kes pelarasan pencen veteran ATM di mahkamah bagi menuntut hak mereka mengikut undang-undang demi membantu golongan yang terkesan. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #pencen #veteranATM

Related Articles

Leave a Reply