Home SemasaGlobal Israel pertingkat operasi darat di Gaza

Israel pertingkat operasi darat di Gaza

by Nurulhuda

SEMENANJUNG GAZA, 28 OKT – Israel telah memperhebatkan operasi ketenteraan menerusi udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza.

Jurucakap Tentera Zionism, Daniel Hagari, mendakwa serangan disasarkan ke kawasan terowong dan infrastruktur lain yang dipercayai sebagai lokasi persembunyian pejuang Hamas.

Operasi darat juga diperluaskan ke kawasan lain dengan mensasarkan Bait Hanoun dan Bait Lahiya berhampiran Hospital Indonesia.

Ketika ini, penyedia perkhidmatan internet dan telefon Palestin, Jawwal mengesahkan perkhidmatan mereka lumpuh akibat serangan.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan terputus hubungan dengan semua pasukan yang bertugas di lapangan.

Operasi ini diteruskan di sebalik desakan negara-negara Arab agar Israel menangguhkan operasi untuk mengelak korban penduduk awam lebih tinggi.

Angka korban warga Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan udara ganas tentera regim zionis Israel terus meningkat kepada 7,326 orang dengan dilaporkan lebih 1,000 orang lagi masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Sejak bermulanya peperangan di Semenanjung Gaza, lebih 110 orang warga Palestin di Tebing Barat telah terkorban akibat ditembak tentera regim zionis Israel dengan lebih 1,900 orang lagi dilaporkan cedera. -airtimes.my

#global #Palestin #SaveGaza #airtimes

Related Articles

Leave a Reply