Home Pertahanan dan Keselamatan Mekanisme senjata tradisional, raifal Mauser 93

Mekanisme senjata tradisional, raifal Mauser 93

by Muaz Rizqi

Perang Dunia Pertama telah memberi impak kepada perkembangan dan penggunaan berbagai senjata api yang telah mempengaruhi taktik serta strategi peperangan. Senjata utama ketenteraan juga dapat mencerminkan kemajuan terhadap teknologi sesebuah negara dari masa ke semasa.

Raifal Mauser pada awalnya dikenali sebagai “Mauser 93”, merupakan salah sebuah raifal paling ikonik dalam sejarah ketenteraan Sepanyol dan turut menjadi sebuah senjata utama ketika Perang Dunia Pertama.

Mauser 93 itu telah dihasilkan oleh Peter Paul Von Mauser pada tahun 1893. Senjata itu juga merupakan salah satu senjata terbaik dalam medan pertempuran.

Raifal itu telah digunakan ketika , Perang Dunia ke II, Perang Canudos, Perang Filipina, Perang Saudara Sepanyol, Perang Filipina-Amerika dan banyak lagi.

Raifal Mauser 93 yang digunakan ketika perang di Afrika Selatan pada abad yang lalu.

Selain Sepanyol, senjata itu juga turut digunakan oleh negara yang terdiri daripada Belgium, Congo, Turki, Filipina dan Brazil.

Raifal ini juga mempunyai laras sepanjang 738 mm serta mempunyai berat purata 4 kg.

Senjata itu menggunakan peluru yang berkaliber 7×57 mm Mauser.

Namun secara umum, jarak jangkauan efektif tembakan raifal itu adalah 500 hingga 800 m.

Sejarah Mauser 1893 adalah bukti kepada inovasi dan hasil rekaan yang luar biasa dalam perkembangan senjata api serta mencerminkan tekad manusia dalam meningkatkan kekuatan dan kesan yang efektif dalam medan pertempuran. -airtimes

#Mauser93 #Sepanyol #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply