Teknologi persenjaatan telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap evolusi masyarakat, politik serta teknologi sains. Ia bukan hanya sekadar sebuah alat mekanisma, namun ia juga merupakan cerminan kompleks daripada konflik ketenteraan terhadap sesebuah negara.
Salah satu senjata yang ikonik semasa Perang Dunia Kedua, ialah senjata submesingan buatan Jerman iaitu Maschinenpistole 40 atau lebih dikenali sebagai MP40. Senjata itu juga telah dihasilkan oleh Heinrich Vollmer Waffenfabrik pada tahun 1940.
MP40 digunakan secara meluas oleh pasukan ketenteraan Jerman terutamanya dalam bahagian infantri. Namun, salah satu ciri khas senjata itu adalah reka bentuknya yang ringkas, membolehkan individu menembak dengan mudah serta sesuai digunakan dalam pertempuran jarak dekat.
Selain daripada negara Jerman, senjata itu juga turut digunakan oleh negara Algeria, Bosnia, Croatia, Finland, Perancis, Greece, Indonesia, Iran, Poland, Sepanyol, Syria, Vietnam dan banyak lagi.

Tentara Nazi menggunakan MP40 di medan pertempuran pada tahun 1940
Submesingan itu juga telah digunakan dalam Perang Vietnam, Perang Iraq, Perang Indo-China, Perang Korea, Perang Saudara Lubnan, Perang Syria dan banyak lagi.
Senjata ini mempunyai laras sepanjang 833 mm serta mempunyai berat purata 4 kg. Ia juga turut menggunakan peluru berkaliber 9 mm.
Namun secara umum, jarak keberkesanan tembakan senjata itu menjangkau 100 hingga 200 m.
MP40 terkenal semasa Perang Dunia Kedua kerana cirinya yang tahan lasak dan mudah dikendalikan secara tidak langsung menjadikannya sebagai sebuah senjata pilihan tentera Jerman pada masa itu.
Senjata MP40 adalah bukti inovasi dalam reka bentuk senjata api dan berperanan penting dalam konflik besar sejarah peperangan. Submesingan yang unik itu turut menjadikannya lebih menarik dalam konteks sejarah ketenteraan dan juga perkembangan senjata api.- airtimes
#MP40 #Submesingan #Jerman #PerangDuniaKe2 #pertahanan