JAKARTA, 9 OKT – Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) memerlukan 12 buah kapal selam bagi menjaga perairan republik itu.
Perkara tersebut disuarakan oleh Ketua Staf Angkatan Laut (KASAL), Laksamana Muhammad Ali.
Menurut beliau, TNI-AL mengutamakan perolehan kapal selam bagi memenuhi matlamat Kuasa Pokok Minimum (Minimum Essential Force, MEF) yang digariskan sebelum ini.
“Bilangan kapal selam yang ideal untuk membantu kekuatan kita adalah 12,
“Tetapi kita masi mengambil kira belanjawan kerajaan,” kata Muhammad yang dilaporkan oleh media Indonesia.
Jelasnya, TNI-AL pada ketika ini mengoperasikan 4 buah kapal selam. Pun begitu sasaran yang digariskan dalam MEF adalah 12 buah pada penghujunh 2024.
Pada ketika ini, TNI-AL mengoperasikan KRI CAKRA-401, KRI NAGAPASA-403, KRI ARDADEDALI-404, dan KRI ALUGORO-405.
KRI ALUGORO merupakan satu-satunya kapal selam yang dibina oleh syarikat pertahanan Indonesia, PT PAL. – airtimes.my