Home Teknologi Pertahanan 2 bulan selepas terima kontrak, Saab siap pamer pesawat AEW Poland

2 bulan selepas terima kontrak, Saab siap pamer pesawat AEW Poland

by M.Daim

LINKÖPING, 2 OKT – Walaupun kontrak baharu sahaja dimeterai, syarikat Saab telah mempamerkan pesawat amaran awal udara (Airborne Early Warning, AEW) milik Poland.

Pada Julai lalu, Poland telah meterai kontrak pembelian 2 buah pesawat Saab 340 AEW dari syarikat Sweden. Ia turut dilihat sebagai satu perkembangan yang pantas dalam perolehan pesawat tersebut oleh Warsaw.

“(Pengeluaran) dengan kadar pantas ini merupakan hasil daripada kerjasama yang efisien antara Saab dan Angkatan Tentera Poland,

“Ia turut menunjukkan Saab masih mengeluarkan pesawat AEW,

“Ini merangkumi pekerja khusus dan pakar yang mampu untuk melaksanakan pelbagai ujian serta pemeriksaan untuk memberikan kelulusan terhadap sistem yang diperlukan,” kata Saab dalam satu kenyataan.

Tambahnya, perolehan yang dilakukan oleh Poland merupakan antara usaha oleh negara itu untuk meningkatkan tahap keselamatan dan integriti wilayahnya.

Pesawat AEW/AEW&C merupakan antara kunci kekuatan udara terutamanya dalam operasi jet pejuang. Foto: Saab

Saab 340 AEW berupaya untuk memberikan gambaran yang jelas bagi tujuan operasi ketenteraan mahupun awam. Ini termasuklah operasi tinjauan dan menyelamat.

“Beberapa konfigurasi berlainan Saab Erieye AEW/AEW&C telah dijual kepada 9 negara,

“Ini sekaligus menjadikan pesawat ini sebagai salah satu sistem pemantauan udara yang digunakan secara meluas di seluruh dunia,” kata kenyataan itu.

Konfigurasi yang dinyatakan oleh Saab adalah berdasarkan konfigurasi yang dikehendaki oleh negara pengguna.

Sebagai contoh, Saab 2000 AEW&C yang dioperasikan oleh Arab Saudi dan Pakistan. Kedua-dua negara ini menggunakan sistem Erieye yang dipasang pada Saab 2000, derivatif Saab 340.

Erieye merupakan sistem AEW&C yang direka khusus untuk melaksanakan pelbagai misi. Radar ini menggunakan Active Electronically Scanned Array (AESA). Radar ini mempunyai keupayaan untuk melakukan pengesanan dalam 450 kilometer dan 350 kilometer jika berada dalam situasi perang.

Radar ini mempunyai keupayaan untuk mengesan dan menjejak sasaran dengan pantas. – airtimes.my

#TeknologiPertahanan #Saab #Gripen #GlobalEye #EriEye #Saab340

Related Articles

Leave a Reply