Home Teknologi Pertahanan #TeknologiPertahanan: Austria pilih Embraer ganti pesawat C-130

#TeknologiPertahanan: Austria pilih Embraer ganti pesawat C-130

by M.Daim

VIENNA, 21 SEPT – Kerajaan Austria telah mengumumkan pelan bagi menggantikan peranan pesawat pengangkut C-130 Hercules yang telah berkhidmat dalam angkatan udara negara itu selama 20 tahun.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pertahanan Austria, Klaudia Tanner yang menyatakan peswat C-390 Millenium telah dipilih sebagai pengganti kepada Hercules.

Kementerian Pertahanan Austria dalam satu kenyataan berkata, sudah tiba masa untuk pihaknya menggantikan peranan pesawat C-130 Hercules.

“Pelan perolehan untuk menggantikan C-130 telah bermula pada tahun 2021 dan merangkumi pembelian 4 pesawat baharu,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, pesawat C-390 telah dipilih kerana memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Vienna.

Tentera Udara Austria telah mengoperasikan sebanyak 3 buah C-130 semenjak tahun 2023.

“C-130 telah berjaya melaksanakan banyak misi. Sekarang tiba masanya C-390 menggantikan pesawat ini,” jelas kenyataan itu.

Pelan perolehan 4 buah pesawat C-390 oleh Vienna dijangka menelan belanja sekitar 130 juta hingga 150 juta Euro.

Pihak Embraer dalam satu kenyataan menyambut baik keputusan oleh Kementerian Pertahanan Austria.

Menurutnya, pemilihan ini sekaligus menjadikan negara Eropah itu menyertai Brazil, Portugal, Hungary dan Belanda untuk mengoperasikan C-390.

“Embraer bersedia untuk membantu Kementerian Pertahanan Austria dan tentera udaranya untuk memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

C-390 Millenium merupakan pesawat pengangkut kelas sederhana yang dikeluarkan oleh syarikat Brazil, Embraer.

Pada ketika ini, C-390 dioperasikan oleh Brazil dan Portugal.

Austria telah mengikut langkah Belanda dan Portugal untuk memperolehi pesawat yang sama bagi menggantikan peranan C-130.

C-390 berupaya untuk membawa beban seberat 26,000 kilogram. Pesawat dua enjin ini turut berupaya untuk mengankut 80 anggota trup atau 66 askar payung terjun. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply