Home Semasa #Semasa: Saya pilih masuk penjara, dari bayar denda – Abdul Hadi

#Semasa: Saya pilih masuk penjara, dari bayar denda – Abdul Hadi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 SEPT – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau rela dipenjarakan daripada membayar denda jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia susulan ucapannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan, wang untuk membayar denda itu lebih baik disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

“Saya sedia menunggu untuk dipenjarakan oleh mahkamah dan saya sedia dihukum. Tidak tahu dihukum sama ada penjara atau denda,

“Saya pilih penjara, saya tak mahu bayar denda. Daripada bayar denda, baik beri kepada PASTI,

“Kalau dihukum, saya dah tak layak jadi Ahli Parlimen… akan ada pilihan raya kecil, Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) boleh bertanding di Marang,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah menyatakan kertas siasatan Abdul Hadi berhubung kenyataannya yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Ia susulan kenyataan dalam ceramah di markas parti itu di Bakri, Muar, Johor bulan lalu dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Abdul Hadi turut menegaskan, dalam akidah Islam, hanya terdapat 2 mahkamah iaitu mahkamah dunia dan mahkamah akhirat.

“Islam meletakkan orang yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan, namun mereka perlu dibicarakan kerana tiada konsep melepas dan membebaskan (DNAA) dalam kehakiman Islam,

“Walaupun lepas mahkamah dunia, takkan lepas mahkamah akhirat… orang yang ada iman akan sanggup dihukum di dunia,” katanya bagi menjawab persoalan Shahidan yang membangkitkan hukuman terhadap orang yang membenarkan konsep DNAA dalam perundangan Islam. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply