Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Askar US mendarat di Kelantan, mula laksana latihan bersama tentera Malaysia

#Pertahanan: Askar US mendarat di Kelantan, mula laksana latihan bersama tentera Malaysia

by M.Daim

KOTA BHARU, 20 JUL –  Tentera Amerika Syarikat kini berada di Malaysia bagi menjalani latihan ketenteraan selama hampir 2 minggu.

Eksesais Keris Strike akan dilaksanakan di beberapa lokasi dengan melibatkan U.S Army Pacific (USARPAC) dan Tentera Darat Malaysia (Tentera Darat).

Majlis perasmian eksesais ini telah disempurnakan oleh Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri.

Tentera Darat Malaysia dan US Army Pacific Command akan melaksanakan latihan bersama di beberapa lokasi di negara ini. Foto: Air Times/M Daim

“Walaupun kedua-dua pasukan adalah dari 2 benua dan lokasi yang berjauhan, ia bukanlah satu halangan untuk kita bekerjasama untuk mencapai objektif,

“Eksesais ini merupakan manifestasi dan gambaran hubungan rapat dari sudut ketenteraan dan kerjasama kedua-dua pasukan tentera yang telah terjalin sekian lama,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Eks Keris Strike Siri 28/2023 di Kem Desa Pahlawan.

Majlis perbarisan perasmian ini melibatkan 4 detasmen yang merangkumi 15 pegawai dan 1,100 anggota dari Tentera Darat dan USARPAC.

Beliau menambah, matlamat serta objektif latihan ini tidak berubah semenjak ia kali pertama dilaksanakan.

“Ia bertujuan untuk meningkatkan daya saling operasi dan mempertingkatkan kesiagaan tempur,

“Selain itu, eksesais ini akan meningkatkan keupayaan kedua-dua pasukan tentera,” ujar Panglima 2 Div.

anglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri menyampaikan ucapan perasmian Eks Keris Strike. Foto: Air Times/M Daim

Muhammad Huzaimi menegaskan latihan ini akan memberikan fokus kepada operasi ketenteraan yang berbentuk spektrum penuh.

Eks Keris Strike merupakan antara latihan bilateral di antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Latihan ini merangkumi pelbagai jenis latihan yang menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua pasukan tentera. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply