Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
#Semasa: PRN 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos depan – Air Times News Network
Home Semasa #Semasa: PRN 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos depan

#Semasa: PRN 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos depan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Jul – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi 6 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang akhbar khas selepas mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRN.

“Hari mengundi awal bagi PRN ditetapkan pada 8 Ogos, manakala hari penamaaan calon pada 29 Julai 2023,” katanya.

Isnin lalu, SPR memaklumkan pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh penting PRN termasuk Writ Pilihan Raya, hari penamaan calon, hari pengundian serta daftar pemilih yang akan digunakan.

Terdahulu, SPR turut memaklumkan telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam negeri terlibat daripada speaker masing-masing. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?