Home Pertahanan dan Keselamatan LATGABMA MALINDO DARSASA bendung ancaman pengganas di Malaysia, Indonesia

LATGABMA MALINDO DARSASA bendung ancaman pengganas di Malaysia, Indonesia

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=u0iK6_2Bf2Q[/embedyt]

 

LATGABMA MALINDO DARSASA adalah siri latihan yang dianjurkan secara bergilir bagi setiap 3 tahun antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Pengarah Eksesais, Brigedier Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab menjelaskan, latihan yang dilaksanakan oleh pasukan khas daripada ketiga-tiga perkhidmatan daripada kedua-dua negara ini adalah berkonsepkan melawan keganasan.

Beliau berkata, eksesais yang diadakan ini adalah untuk mewujudkan strategi cegah rintang di antara kedua-dua negara terhadap sebarang bentuk ancaman yang berlaku sehingga boleh mengancam kedaulatan Malaysia dan juga Indonesia.

“Selain daripada itu, kita juga hendak mewujudkan kebolehoperasian dan juga kemampuan, persefahaman di dalam persediaan untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman,

“Dan pada tahun ini kita menjurus kepada ancaman yang melibatkan keganasan di antara Malaysia dan juga Indonesia,” jelasnya kepada Air Times.

Pengarah Eksesais, Brigedier Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab menjelaskan, Latgabma Malindo Darsasa 11B/2023 merupakan latihan gabungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia dengan melibatkan kesemua cabang pasukan khusus dari angkatan tentera dari kedua-dua negara.

Tegasnya, latihan ini juga kita dapat menguji kemampuan pasukan khas kedua-dua buah negara didalam menghadapi situasi-situasi yang berlaku yang boleh mengancam kedaulatan serantau melibatkan Malaysia dan juga Indonesia.

Latgabma Malindo Darsasa 11B/2023 merupakan latihan gabungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia dengan melibatkan kesemua cabang pasukan khusus dari angkatan tentera dari kedua-dua negara.

Ia melibatkan anggota daripada pasukan Gerup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Tentera Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM serta TNI.

Latihan yang melibatkan seramai 611 peserta terdiri dari 461 ATM dan 150 peserta TNI ini telah dilaksanakan pada 10 hingga 19 Mac lalu.

Sebagai Pengarah Latihan LATGABMA pada siri kali ini, beliau berharap latihan sedemikian dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang kerana ianya merupakan salah satu platform yang terbaik dalam mengeratkan hubungan bagi kedua-dua angkatan tentera.

“Pada latihan kali ini alhamdulillah, Prosedur Tetap (PROTAP) No 16 dan juga No 18 telahpun ditandatangani oleh Panglima Angkatan Tentera dan juga Panglima Tentera Nasional Indonesia dan secara tidak langsung, kita telahpun menguji kemampuan serta juga keupayaan Protap ini dalam melawan keganasan,

“Dengan itu, saya berharap supaya latihan sebegini diteruskan untuk masa-masa yang akan datang supaya kita boleh menggunakan PROTAP tersebut untuk digunakan sebagai panduan sekiranya terdapat kemungkinan ataupun apa-apa yang berlaku,

“Selain itu, ATM juga boleh melaksanakan operasi secara bersama berpandukan kepada PROTAP yang telah diluluskan,” ujarnya lagi. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply