Home Pertahanan dan Keselamatan 24 PATI Indonesia pula dihantar pulang ke negara asal

24 PATI Indonesia pula dihantar pulang ke negara asal

by Nurulhuda

TAWAU. 3 Mac – Seramai 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal menggunakan jalan laut dari Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia, pada Khamis.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, kesemua mereka dihantar pulang dengan menggunakan pengangkutan laut MID EAST EXPRESS NO.1.

“Program ini melibatkan pemindahan tahanan 22 orang lelaki dan 2 wanita warga Indonesia daripada Depot Imigresen Tawau sahaja,

“Pengusiran kali ini melibatkan tahanan dewasa berumur 19 hingga 89 tahun,” jelasnya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara,

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua warga asing untuk mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di negeri Sabah, terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

Tambahnya, semua agensi penguatkuasaan di Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peratuan dan undang-undang negara.

“JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,” ujarnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply