Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-10: Latihan COTAWL lengkapi kepakaran menyelamat nyawa

MALBATT 850-10: Latihan COTAWL lengkapi kepakaran menyelamat nyawa

by Nurulhuda

TYRE, 31 Dis – Anggota pasukan Batalion Malaysia 850-10 (MALBATT 850-10) telah menganjurkan Coordinated Training Activities With Lebanese Armed Forces (COTAWL) di Chawakeer Training Facilities, pada 27 hingga 29 Disember lalu.

Latihan ini melibatkan penyertaan daripada pegawai dan anggota LAF di bawah pemerintahan South Litani Sector (SLS) bersama Elemen Ubat MALBATT 850-10.

MALBATT 850-10 menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, pendekatan latihan secara pembelajaran teori dan praktikal ini secara tidak langsung, dapat mengekalkan tahap kompetensi Trup bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman semasa menjalankan tugasan pengaman di bumi Lubnan.

Menurutnya, COTAWL adalah latihan setiap bulan yang dikoordinasikan oleh Sector West HQ bagi setiap Batalion dan S7 (Sel Latih) MALBATT bertanggungjawab merangka serta mengkoordinasikan setiap latihan berjalan dengan lancar mengikut modul yang telah ditetapkan.

“Ini merupakan kali pertama MALBATT 850-10 melaksanakan COTAWL sejak mula beroperasi di UNIFIL,

“Penganjuran latihan secara terkoordinasi ini adalah merupakan sebahagian program pembangunan kepakaran LAF sepertimana misi UNIFIL iaitu membantu membangunkan organisasi LAF melalui perlaksanaan kursus kepakaran oleh trup-trup UNIFIL,

“Perlaksanaan latihan ini juga seperti yang telah direncanakan dalam Six Month Trg Directive, Sector West HQ,”jelas hantaran itu.

Di antara silibus dan program latihan adalah Basic First Aid dan Combat Medical Care mengikut pakej latihan yang dikeluarkan.

Upacara Penutup COTAWL ini telah disempurnakan oleh Pegawai Staf 1 Latih, MALBATT 850-10, Komander Matthew A/L Reginald Alexander, pada Jumaat.

Sebelum pada itu, demonstrasi aturgerak Elemen Ubat dalam memberi rawatan kecemasan di kawasan operasi telah dilaksanakan sebelum acara penyampaian sijil kepada para peserta kursus.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa latihan pertolongan cemas adalah sangat penting untuk menyelamatkan nyawa ketika dalam keadaan kritikal.

“Ia dapat membantu mencegah sesuatu keadaan daripada menjadi lebih parah,” ujarnya.

Turut hadir adalah Lt Kol Mouhamad Gader selaku Pegawai Latih 5th Briged LAF.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply