Home Semasa Hampir 30 peratus keluar mengundi setakat jam 11 pagi

Hampir 30 peratus keluar mengundi setakat jam 11 pagi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan hampir 30 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen P017 Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Tioman di Pahang setakat jam 11 pagi.

Menurut SPR, sebanyak 28 peratus pengundi di Parlimen Padang Serai dan 27 peratus pegundi di Dun Tioman telah menjalankan tanggungjawab mereka.

Terdahulu, SPR memaklumkan, lebih 160,000 pemilih berdaftar akan keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi kedua-dua kawasan, hari ini.

Sebanyak 46 Pusat Mengundi dan 230 Tempat Mengundi (Saluran) akan dibuka untuk tujuan pengundian bagi di Padang Serai manakala DUN Tioman pula membabitkan 17 pusat mengundi dan 52 saluran.

“Mengikut Warta Kerajaan mengenai penetapan waktu mengundi PRU ke-15 yang dimuat naik di laman sesawang SPR, pusat mengundi di kedua-dua kawasan akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup pada 6 petang,

“SPR juga menyarankan pengundi agar memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mensanitasi tangan sepanjang berada di pusat mengundi,” jelas SPR.

Pemilihan di kedua-dua kawasan yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu tetapi ditangguhkan susulan kematian calon iaitu M Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi kawasan parlimen Padang Serai, dan Md Yunus Ramli di DUN Tioman, mewakili Perikatan Nasional (PN).

Karupaiya, 69, meninggal dunia pada 16 Nov dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan manakala Md Yunus, 61, disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum proses pengundian pada 19 Nov lepas.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply